Jawatan Kosong Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) - INFO KERJA KOSONG 2018

Post Top Ad

Friday, July 16, 2010

Jawatan Kosong Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)





Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), syarikat milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) berperanan dalam pembangunan usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik ke arah mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif. Bagi mencapai hasrat ini melalui perkembangan pesat keperluan sumber tenaga manusia, PUNB mempelawa calon-calon yang berkelayakan, dinamik dan berorientasikan pencapaian untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

1. Eksekutif Jabatan Komunikasi Korporat

Syarat Kelayakan:
-Ijazah dalam bidang Komunikasi Massa/ Perhubungan Awam atau yang setaraf
-Mempunyai 2-3 tahun pengalaman dalam bidang penerbitan. Mempunyai pendedahan yang luas dalam perhubungan awam.
-Fasih di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (lisan dan penulisan) dan mesti mempunyai kepakaran menulis laporan yang baik
-Kebolehan bekerja dalam kumpulan dengan penyeliaan yang minimum, mempunyai etika kerja yang baik dan berinisiatif
-Berpengetahuan komputer yang baik
-Calon ditawarkan kontrak selama 1-2 tahun dengan peluang yang luas untuk diserapkan ke jawatan tetap


2. Kerani Am

Syarat Kelayakan:
-SPM
-Minimum 2 tahun bekerja dalam bidang perkeranian
-Fasih di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (lisan dan penulisan)
-Memiliki asas pengetahuan komputer dan berkebolehan menaip
-Kebolehan bekerja dalam kumpulan, berdikari, kemahiran komunikasi interpersonal yang baik dan berinisiatif
-Calon ditawarkan kontrak selama 1-2 tahun dengan peluang yang luas untuk diserapkan ke jawatan tetap


Calon-calon yang berminat, diminta menghantar permohonan melalui e-mel atau secara bertulis dengan menyertakan keterangan diri yang lengkap, gambar berukuran pasport kepada alamat berikut pada atau sebelum 17 Julai 2010 :

Ketua, Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B
Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur

E-mail:hr@punb.com.my