JAWATAN KOSONG PERBADANAN PUTRAJAYA - INFO KERJA KOSONG 2018

Post Top Ad

Tuesday, August 17, 2010

JAWATAN KOSONG PERBADANAN PUTRAJAYA


Warganegara yang berkelayakan adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan di Perbadanan Putrajaya:

1. PEGAWAI TADBIR N41

SYARAT KELAYAKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T4); dan
(d)kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Syarat Lantikan KPSL:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Pegawai Tadbir Tanah, Penolong Pegawai Tanah, Penghulu dan Setiausaha Pejabat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat
secara lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a)(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


2. PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

SYARAT KELAYAKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3); dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Had Umur (Pada tarikh iklan ditutup)
- Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penaklukan di bawah syarat Skim Perkhidmatan :
- Mereka yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta
pindaannya dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.


CARA MEMOHON:
- SEMUA permohonan perlu dibuat terus secara ONLINE.

KLIK SINI UNTUK PERMOHONAN SECARA ONLINE

- Bagi pemohon daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, perlulah mengisi borang ON-LINE dan mengemukakan maklumat terperinci mengenai perkhidmatan masing-masing yang dibuat melalui Ketua Jabatan berdasarkan Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Perbadanan Putrajaya (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2009). Dokumen-dokumen tersebut hanya perlu di bawa semasa TEMUDUGA sahaja.
- Calon dihadkan kepada TIGA(3) jawatan sahaja.

Taraf Jawatan :
- Semua lantikan bagi jawatan yang diiklankan akan dilakukan secara KONTRAK sebelum pelantikan secara TETAP dipertimbangkan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

CATATAN AM:
- Hanya pemohon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Ogos 2010


MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS