Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) seperti yang dinyatakan dibawah ini :

1. Pegawai Tadbir N41

(Calon lelaki sahaja)

Deskripsi Tugas:
Merancang, mengenalpasti dan menyelaras urusan - urusan pentadbiran am, tanah, kewangan, pembangunan Daerah/Negeri serta pengurusan dan pembangunan sumber manusia di pelbagai Jabatan Negeri.

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut :
(a) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T3); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T4); dan
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(c) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Gred N32 adalah layak dipertimbangkan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke jawatan Pegawai Tadbir, Gred N41 apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
(i) mempunyai kelayakan di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.

UMUR
1. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
2. Pegawai yang sedang berkhidmat yang layak di bawah peruntukan KPSL hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
3. Bekas anggota tentera yang tidak menerima pencen dan telah menamatkan perkhidmatannya dengan baik hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.

TARAF JAWATAN : Tetap

CARA MEMOHON
1. Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman http://www.spakedah.gov.my/ .

CATATAN AM
1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.
2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Iklan juga boleh didapati dalam laman web rasmi Negeri Kedah Darul Aman http://www.kedah.gov.my/.

Tarikh Tutup Permohonan: 29 Ogos 2010



MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS Advertisement