FELDA Holdings Bhd mempunyai beberapa kekosongan jawatan untuk ditempatkan di Malaysia Cocoa Manufacturing (MCM) Sdn Bhd. Kekosongan jawatan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PEMBANTU EKSEKUTIF (PENGELUARAN)
2. KERANI (GUDANG BARANG SIAP)
3. PEMANDU KOMERSIAL (COMMERCIAL DRIVER)

SYARAT LANTIKAN:

1. PEMBANTU EKSEKUTIF (PENGELUARAN)
- memiliki Diploma dalam jurusan ‘ Mechanical/Industrial/Production/Chemical/Food Tech’ atau setaraf dengannya dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf
- mempunyai minima 1 hingga 3 tahun pengalaman dalam bidang Teknologi Pemakanan
- mampu berkomunikasi dengan baik; dan
- boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum.

2. KERANI (GUDANG BARANG SIAP)
- memiliki SPM/STPM atau setaraf dengannya dengan mendapat minima 4 kredit termasuk subjek Bahasa Malaysia & Matematik. Calon-calon yang mempunyai kelulusan diploma yang diiktiraf dari institusi penggajian tinggi digalakkan memohon
- mempunyai pengalaman bekerja minima 1 tahun dalam bidang berkaitan.
- mampu berkomunikasi dengan baik.
- boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum.
- mempunyai kemahiran menggunakan komputer program Microsoft Office.

3. PEMANDU KOMERSIAL (COMMERCIAL DRIVER)
- memiliki SPM/SPMV atau setaraf dengannya
- mempunyai pengalaman bekerja minima 1 hingga 3 tahun dalam bidang berkaitan; dan
- mempunyai lesen memandu yang sah.


CARA MEMOHON:
Calon-calon yang berminat dipelawa menghantar resume yang lengkap dengan menyatakan kelayakan, pengalaman kerja, salinan sijil-sijil (sijil akademik, kad pengenalan & sijil kelahiran), gaji semasa berserta sekeping gambar terbaru berukuran passport (t.d.) tidak lewat daripada 15 Oktober 2010 kepada:

PENGURUS KANAN
BAHAGIAN STAFFING & PERHUBUNGAN UNIVERSITI
FELDA HOLDINGS BHD
TINGKAT 9, BALAI FELDA
JALAN GURNEY SATU
54000 KUALA LUMPUR

*Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Oktober 2010

MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS Advertisement