Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED J29(TETAP)

SYARAT LANTIKAN:
- Diploma dalam bidang seni bina landskap yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J29(TETAP)

SYARAT LANTIKAN:
- Diploma dalam perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29(TETAP)

SYARAT LANTIKAN:
- Diploma Kesihatan persekitaran daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


4. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J17(TETAP)

SYARAT LANTIKAN:
- Sijil dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi dan politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


5. JURUTEKNIK LANDSKAP GRED J17(TETAP)

SYARAT LANTIKAN:
- Sijil Institut Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.atau
- Sijil dalam bidang seni bina, perancangan bandar dan wilayah atau kejuruteraan awam (senibina) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada ploteknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


6. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U17(TETAP)

SYARAT LANTIKAN:
- Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.dan;
- Tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


CARA MEMOHON:
- Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MDM.TR.1 dengan harga RM1.00 yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Majlis Daerah Marang.
- Permohonan hendaklah dihantarkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH MARANG
21600 MARANG
TERENGGANU
(U.P: BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

sertakan:
- Gambar warna berukuran 'passport' (letakkan pada penjuru kanan Borang Permohonan)
- Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan yang disahkan
- Salinan Sijil-sijil yang berkaitan yang disahkan.

Sila tuliskan jawatan yang dipohon disebelah kanan dan tarikh tutup permohonan disebelah kiri sampul surat

CATATAN:
- Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak
- Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan untuk tiga tahun berturut-turut
- Hanya calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil untuk temuduga
- Permohon yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 24 Oktober 2010 Advertisement