JAWATAN KOSONG TNB - INFO KERJA KOSONG 2019

Post Top Ad

Thursday, December 2, 2010

JAWATAN KOSONG TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dan memberikan perkhidmatan kepada lebih dari 7 juta pelanggan di Semenanjung Malaysia serta Sabah. TNB memainkan peranan penting dalam kemajuan negara, ekonomi serta kesejahteraan rakyat dengan menyediakan perkhidmatan yang berdaya harap dan efisyen.
Bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan TNB berterusan serta mendokong visi kepimpinan yang strategik, TNB terus berusaha untuk mencari bakat-bakat baru dan dengan ini menjemput mereka yang berkelayakan untuk berkhidmat dengan TNB. Bidang-bidang akademik yang diperlukan adalah seperti berikut:

Pemegang Ijazah

Pemegang Diploma

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (pengkhususan dalam Elektrik Kuasa diutamakan)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang
  • Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (pengkhususan dalam Elektrik Kuasa diutamakan)
  • Diploma Sains Komputer
  • Diploma Kejuruteraan Komputer
  • Diploma Teknologi Maklumat

Syarat kelayakan akademik:

  • PGNK 2.70 dan ke atas bagi bidang Kejuruteraan Elektrik
  • PGNK 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Atas bagi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Perakaunan, Sains Komputer, Kejuruteraan Komputer, Teknologi Maklumat, Undang-undang dan Sumber Manusia
  • PNGK 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Atas bagi Diploma Kejuruteraan Elektrik, Sains Komputer, Kejuruteraan Komputer, dan Teknologi Maklumat

Syarat-syarat tambahan:

  • Semua kelayakan wajib mendapat pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency)
  • Pengalaman kerja yang berkaitan bagi Pemegang Diploma
  • SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • Had umur tidak melebihi 28 tahun
  • Sanggup ditugaskan di mana-mana unit bisnes TNB
  • Bagi pemohon yang mempunyai ikatan perjanjian biasiswa (kecuali Yayasan Tenaga Nasional), wajib memajukan surat persetujuan pelepasan penaja kepada TNB semasa sesi temuduga

Calon-calon yang berminat dan menepati syarat-syarat di atas digalakkan memohon secara online KLIK SINI. Permohonan yang tidak lengkap atau format hard copy tidak akan diberi pertimbangan.
Permohonan perlu dimajukan sebelum 5 Disember 2010.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-2296 6651 (Fariq Ali Ahmad) / 03-2296 6523 (Muzaleeza).

MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS

sumber : achemm