Kami merupakan sebuah Syarikat “Government Linked Company (GLC)” yang terlibat dalam aktiviti perladangan serta yang berkaitan dengannya. Dalam usaha untuk memperkukuhkan Syarikat, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan dan bermotivasi bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

Pengurus (Bio Teknologi) Gred P3/P2

Tanggungjawab :-

a) Merancang dan mengenalpasti projek-projek Bio Teknologi yang boleh diimplikasikan di FELCRA Berhad.
b) Mengawalselia projek-projek Bio Teknologi yang dilaksanakan
c) Memastikan pelaksanaan projek-projek Bio Teknologi berjalan lancar.
d) Memantau kerja-kerja yang dilaksanakan kontraktor dan memantau perjalanan dan prestasi projek setiap masa
e) Merekod segala kerja, kos dan penjualan bagi tujuan melengkapkan dokumentasi dan membuat analisa.

Kelayakan :-

a) Terdiri daripada warganegara Malaysia;
b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Bio Teknologi atau bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya dari Universiti Tempatan atau mana-mana institusi yang diiktiraf dan diakreditasi oleh LAN/MQA. Dan
c) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Syarikat.
d) Sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman dalam bidang tersebut.

Skim gaji dan faedah adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman.

Borang permohonan boleh diperolehi menerusi laman web http://www.felcra.com.my/ atau datang terus ke Wisma FELCRA Berhad, Aras 4, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Sila hantarkan permohonan lengkap bersama-sama gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan ke alamat berikut:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Ibu Pejabat FELCRA Berhad
Wisma FELCRA, Lot PT 4780,
Jalan Rejang, Setapak Jaya,
Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur,
(u.p:- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

(Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat) Advertisement