IKLAN PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
DI BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH,
JABATAN PERDANA MENTERI

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan di Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri seperti berikut :

1. BUTIRAN JAWATAN

a. Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
(Penolong Pegawai Senibina Gred J29)
b. Kementerian/Jabatan : Bahagian Pengurusan Hartanah,
Jabatan Perdana Menteri
c. Taraf Jawatan : Sementara
d. Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan
e. Kumpulan : Sokongan/Pelaksana
f. Kadar Upah : RM72.00 sehari

2. SYARAT LANTIKAN
Calon-calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
iii. Diploma dalam bidang senibina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripda institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
iv. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan)

3. TEMPOH PERKHIDMATAN
Sekurang-kurangnya 3 bulan dan tidak melebihi 6 bulan

4. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

5. PERTIMBANGAN KHAS
 Berkemahiran menggunakan Perisian Microsoft Office
 Pernah mempelajari Architechtural Drafting (akan di utamakan)
 Berkemahiran menggunakan perisian Autocad (akan diutamakan)
 Boleh melakukan pelbagai tugas dalam satu masa;
 Mempunyai kenderaan sendiri (akan diutamakan); dan
 Boleh bekerja di luar kawasan sekiranya diarahkan.

6. CARA MEMOHON
i. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis (resume) dan hendaklah disertakan gambar berukuran passport terkini dan juga salinan Sijil Beranak, Kad Pengenalan, Sijil LCE/SRP/PMR, Sijil MCE/SPM/SPMV, Sijil STP/STPM/STAM, Sijil Berhenti Sekolah, Diploma beserta salinan transkrip yang lengkap setiap semester yang DISAHKAN.

ii. Permohonan hendaklah dihantar ke alamat di bawah:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Hartanah
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok B3
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Unit Pengurusan Sumber Manusia)

iii. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Ogos 2012 (Khamis)

iv. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
v. Pemohon – pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda “Pekerja Sambilan Harian” disebelah kiri atas sampul surat Advertisement