Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-
JURUTEKNIK SEMBOYAN & KOMUNIKASI
Kelayakan Pemohon
Calon Luaran :
- Berumur tidak lebih 28 tahun pada tarikh iklan ditutup;
- Memiliki Sijil Elektrik / Elektronik / Telekomunikasi dari Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
- Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Calon Dalaman :
- Berkhidmat sekurang-kurangnya 7 tahun sebagai Tukang K2 (Gred R06G12)
- Calon mempunyai pengetahuan yang baik tentang kerja-kerja penyenggaraan Semboyan & Komunikasi
- Mempunyai Sijil KTMB 038
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
- Berkemahiran dalam penggunaan komputer (eg MS Office Word, Excell dll.)
- Sedia bertukar ke mana-mana lokasi di rangkaian KTMB
- Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian
- Sihat tubuh badan/fizikal yang sesuai
- Menyelia kerja-kerja penyenggaraan Semboyan & Komunikasi
- Menyenggara dan menguji peralatan Semboyan & Komunikasi mengikut piawaian yang ditetapkan;
- Menghadiri dan membaiki kerosakan peralatan Semboyan & Komunikasi yang dilaporkan seberapa segera
- Menguji peralatan yang rosak dan menghantar untuk membaikpulih peralatan tersebut
- Mengemaskini dan menyimpan semua rekod dan daftar inventori peralatan Semboyan & Komunikasi
- Menyediakan laporan kerosakan dan laporan mingguan
- Bersedia untuk bekerja lebih masa
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 14 Oktober 2011 ke alamat seperti berikut:-
Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Koporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 K.Lumpur.
MORE INFO ... CLICK HERE Advertisement