KOPERASI PEMBIAYAAN SYARIAH ANGKASA BERHAD
(KOPSYA)
Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA ANGKASA), sebuah Koperasi kredit sekunder berdaftar, ditubuhkan untuk kepentingan gerakan Koperasi secara keseluruhannya. Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, mempunyai inspirasi dan motivasi yang tinggi, ingin menyumbang ke arah pembangunan sektor koperasi dalam arus perdana ekonomi negara secara professional, kami mempelawa anda untuk menyertai KOPSYA ANGKASA bagi jawatan-jawatan berikut:(KOPSYA)
1. PENGURUS PENTADBIRAN
Kelayakan dan Pengalaman
- Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan/Ekonomi/Kewangan/Pengurusan Sumber Manusia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Berpengalaman bekerja sekurang-kurangnya 10 tahun dalam persekitaran perbankan/kewangan sebagai pentadbir peringkat pengurusan operasi organisasi termasuk pengurusan sumber manusia dan pembangunan sistem maklumat.
- Bertanggungjawab dalam membangunkan operasi pentadbiran yang cekap dan efisyen meliputi aspek sumber manusia, syariah dan pengembangan, perundangan, pengurusan risiko, khidmat strategik dan pengurusan teknologi maklumat.
Kelayakan dan Pengalaman
- Seorang ahli Institut Akauntan Malaysia yang berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Perakaunan/Pentadbiran Perniagaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Berpengalaman bekerja sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang kewangan sektor perbankan.
- Bertanggungjawab dalam membangunkan operasi sistem perakaunan dan pengurusan kewangan KOPSYA yang terkehadapan.
- Bertangggungjawab dalam menguruskan sumber pendanaan dan deposit, perbendaharaan pencukaian, zakat dan Infaq serta aspek pematuhan dan audit.
Kelayakan dan Pengalaman
- Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan/Pemasaran/Perakaunan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Berpengalaman bekerja sekurang-kurangnya 10 tahun dalam pengurusan operasi pembiayaan yang menyeluruh.
- Bertanggungjawab dalam membangunkan operasi skim-skim pembiayaan yang inovatif untuk anggota, projek Al-Rahn dan projek lain, promosi dan pemasaran serta pembangunan dan pemantauan cawangan.
Kelayakan dan Pengalaman
- Seorang ahli Institut Akauntan Malaysia yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan/Pengurusan Perniagaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Berpengalaman bekerja sekurang-kurangnya 7 tahun dalam institusi kewangan.
- Bertanggungjawab dalam membangunkan sistem perakaunan yang efisyen meliputi operasi perkhidmatan kewangan KOPSYA, perbendaharaan, percukaian, zakat, perakaunan pengurusan dan pelaporan kewangan.
Kelayakan dan Pengalaman
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Ekonomi/Perbankan Islam/Muamalat Islam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Berpengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang muamalat kewangan yang berkaitan dengan operasi perbankan/kewangan Islam.
- Bertanggungjawab dalam membangunkan aspek sistem tadbirurus KOPSYA yang mematuhi syariah, meliputi pelbagai peraturan perkhidmatan skim sumber dan pembiayaan, kerangka dan pelaksanaan audit syariah, pengembangan syariah serta urusetia Jawatankuasa Syariah.
Kelayakan dan Pengalaman
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer/Teknologi Maklumat atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Berpengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam membangunkan perisian IT.
- Bertanggungjawab dalam membangunkan sistem maklumat KOPSYA yang terkehadapan meliputi Khidmat-e untuk Ibu Pejabat, cawangan, anggota koperasi dan pelanggan KOPSYA.
Kelayakan dan Pengalaman
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia/Pengurusan Personal atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Berpengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam pengurusan sumber manusia khususnya urusan pentadbiran, perundangan, perjawatan, latihan, penggajian dan faedah.
- Bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran, perundangan dan pembangunan sumber manusia, skim perkhidmatan dan penggajian, modal insan dan pengurusan bakat.
Kelayakan dan Pengalaman
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan/Kewangan/Pengurusan Perniagaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Berpengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam aktiviti pembiayaan dan perbankan `online’.
- Bertanggungjawab dalam operasi pembiayaan meliputi skim pembiayaan peribadi Tawarruq, skim hartanah Musyarakah Mutanaqisah dan pembiayaan projek.
Kelayakan dan Pengalaman
- Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan/Ekonomi/Pemasaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Berpengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam pembangunan perniagaan dan pemasaran.
- Bertanggungjawab dalam membangunkan projek-projek perniagaan yang dapat mengoptimakan kelebihan anggota KOPSYA di seluruh negara.
Kelayakan dan Pengalaman
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan/Perbankan/Ekonomi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Berpengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan.
- Bertanggungjawab dalam membangunkan operasi dan pengurusan cawangan, pemasaran, penilaian kredit, penyampaian perkhidmatan yang terbaik serta khidmat nasihat pembangunan anggota.
Kelayakan dan Pengalaman
- Diploma Sains Kesetiausahaan/Kesetiausahaan Eksekutif atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Berpengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun sebagai Setiausaha.
- Fasih dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan perwatakan menarik.
- Bertanggungjawab kepada Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA dan aspek Perhubungan Awam untuk KOPSYA
Kelayakan dan Pengalaman
- Sekurang-kurangnya STPM/STAM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Berpengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun sebagai Penyelia atau Penyelaras kepada Kerani.
- Mahir menggunakan komputer adalah satu kemestian.
- Melaksanakan tugas-tugas dalam bidang pentadbiran, perbankan, kewangan dan pembiayaan.
Kelayakan dan Pengalaman
- Sekurang-kurangnya SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Berpengalaman dalam penggunaan komputer.
- Menjalankan tugas-tugas perkeranian.
Kelayakan dan Pengalaman
- Sekurang-kurangnya SRP / PMR atau kelayakan yang berkaitan dengan jawatan dan setaraf dengannya
- Mempunyai lesen memandu yang sah Kelas D
- Pengalaman bekerja sebagai pemandu dan mahir tentang jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur
- Bertanggungjawab memandu kereta rasmi kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan mengurus penghantaran surat-surat, dokumen ke pejabat pos/bank.
Pengerusi
Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA ANGKASA)
d/a Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor
atau
Pejabat KOPSYA ANGKASA
Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS 6/1,
Kelana Jaya, 47301
Petaling Jaya, Selangor.
atau e-mel : sumber@angkasa.coop
Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA ANGKASA)
d/a Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor
atau
Pejabat KOPSYA ANGKASA
Wisma Ungku A. Aziz,
Jalan SS 6/1,
Kelana Jaya, 47301
Petaling Jaya, Selangor.
atau e-mel : sumber@angkasa.coop
selewat-lewatnya pada 27 Oktober 2011
Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Sumber : KLIK Sini
Advertisement