http://4.bp.blogspot.com/_IW4JRDVVQ90/SthzBLktuXI/AAAAAAAAAmk/TBqJRRA8NjQ/s400/kpmara.gif
IKLAN JAWATAN KOSONG
(PENSYARAH SAMBILAN)

Calon-calon adalah dipelawa untuk mengisi jawatan seperti berikut di Kolej Profesional
MARA Beranang.

1. JAWATAN : PENSYARAH
a) SUBJEK : PENDIDIKAN ISLAM
b) TARAF JAWATAN : SAMBILAN
c) KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
d) KEKOSONGAN : 1

2. KELAYAKAN
a) i) Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Tempatan dalam bidang Pendidikan Islam atau
kelayakan-kelayakan lain yang diiktirafkan setaraf dengannya.
ATAU
ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan dari universiti-universiti
tempatan atau kelayakan-kelayakan lain yang diiktirafkan setaraf dengannya.
b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan `Resume’ yang
mengandungi butiran berikut:-

a) Nama jawatan yang dipohon
b) Butir-butir Peribadi
c) No. Telefon / E-mel
d) Butir-butir Akademik
e) Pengalaman Kerja
f) Salinan Ijazah / Diploma / Sijil-sijil Kelulusan (Salinan hendaklah DISAHKAN BENAR)
g) Salinan Sijil Kelahiran
h) Salinan kad Pengenalan
i) Lain-lain Kelayakan yang disyaratkan

Permohonan hendaklah dihantar kepada

Pengarah
Kolej Profesional MARA Beranang
Lot 2333 Mukim Beranang
Jalan Kajang/Seremban
43700 Beranang
Selangor

No. Telefon : 03-87668935 / 36
No. Fax : 03-87668940

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Januari 2012 jam 9.00 pagi. Permohonan yang lewat
diterima atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak. Advertisement