Mulai 1957 hingga 1967, perjuangan untuk penubuhan universiti kebangsaan menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara. Sehubungan itu, pada 1968 segolongan cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan. Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan. Kegigihan, tekad dan semangat perjuangan yang berkobar-kobar dan tidak pernah luput itu telah mencapai kejayaan dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970. Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 192 orang mula mendaftar di tiga buah fakulti, iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam pada Mei 1970.
Dalam usia 39 tahun penubuhannya, UKM telah mengeluarkan sejumlah 131,259 graduan; 113,975 graduan Sarjana Muda, 15,895 Sarjana dan 1,389 PhD. Ini adalah hasil penawaran lebih daripada 103 program prasiswazah dan 170 program pascasiswazah. Peningkatan jumlah pelajar luar negara yang setakat ini berjumlah 2,415 pelajar dari 55 buah negara membuktikan penerimaan global terhadap program dan ekosistem ilmu UKM.
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dengan ini mempelawa calon-calon yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan untuk:

1. Pegawai Penyelidik (Q1-1)
Tarikh Tutup: 27 Januari 2012

Iklan Jawatan

2. Setiausaha Pejabat (N27)
Tarikh Tutup: 20 Januari 2012


KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

KLIK DI SINI UNTUK ORANG PERMOHONAN

Tarik Tutup Permohonan : 20 Januari 2012 Advertisement