Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Kontrak di Kampus Shah Alam.

1. Juruteknik

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada RM1417.59);dan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat lantikan secara terperinci berserta dengan maklumat lanjut berkenaan dengan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/

Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (“ON-LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

Tarikh tutup 26 Oktober 2013

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

BAHAGIAN PENGURUSAN PERJAWATAN
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
NO.TEL: (03) 5544 3082 / 3075 / 3089 / 3007 / 3076
(03) 5521 1028

EMAIL: perjawatan@salam.uitm.edu.my Advertisement