Jawatan Kosong MP Nilai Februari 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA. Keutamaan adalah daripada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-

1. Penolong Pegawai Seni Bina JA29
2. Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Syarat Lantikan, Gaji, Elaun dan Cara Memohon:-

- Sila layari laman web Majlis Perbandaran Nilai di alamat www.mpn.gov.my

- Kelayakan yang melebihi syarat lantikan adalah digalakkan memohon.

SYARAT LANTIKAN

PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA29

(i) sijil dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknikpoliteknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,417.59); atau

(ii) diploma dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,826.02).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred JA17 dan Gred JA29 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kepakaran berkaitan.

TEMPOH PERCUBAAN

Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

LATIHAN

Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/ PEPERIKSAAN

Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program
Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh
Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:

(a) memenuhi tempoh percubaan;

(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaanperkhidmatan yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

PERGERAKAN GAJI TAHUNAN

Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

B. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29

Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji Permulaan: RM1,889.26] dan; lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON:

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MPN. 1/01) yang boleh didapati daripada Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.00.

b) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan:-

i) Salinan Mykad;

ii) Salinan sijil lahir;

iii) Gambar berukuran pasport (dilekatkan di muka hadapan borang);

iv) Salinan sijil-sijil keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan

c) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:-

i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;

ii) tidak lengkap atau tidak terang;

iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

iv) tidak menulis nombor MyKad;

v) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat;

vi) tidak ditandatangani; dan

vii) permohonan yang diterima selepas tarikh tutup.

4. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP:

Permohonan hendaklah sampai kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
NO. 1, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSIARAN PUSAT BANDAR, PUTRA NILAI
PETI SURAT 52
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TARIKH TUTUP IKLAN : 03 FEBRUARI 2014

CATATAN AM:

a) Hanya calon yang layak selepas tapisan / senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal dan / atau temuduga;

b) Sebarang tuntutan perbelanjaan kerana menghadiri ujian fizikal dan / atau temuduga kelak tidak akan ditanggung oleh MPN;

c) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Nilai.

d) Semua pemohon dikehendaki mengemukakan satu salinan pengiktirafan kelayakan sijil/diploma/ijazah dari Jabatan Perkhidmatan Awam melalui sistem eSISRAF di laman web pengiktirafan.jpa.gov.my.

e) Semua salinan sijil tidak perlu disahkan oleh pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Ketua Kampung/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah/Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri. Advertisement