JAWATAN KOSONG TERKINI DI KIST GRUP HOLDINGS SDN BHD

PEREKABENTUK GRAFIK
(KIST PRINTING SDN.BHD)


Kelayakan:
a ) Memiliki Diploma dalam bidang Rekabentuk Grafik, Senireka Grafik, Multimedia dan
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
b ) Hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu ( 1 ) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
c ) Graduan Baharu juga digalakkan memohon
d ) Mahir dalam penggunaan Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan beberapa perisian pengeditan imej.
e ) Mahir dalam pengendalian kamera DSLR serta kreatif.

Skop tugas:
a ) Menghasilkan rekabentuk grafik untuk semua program anjuran Kolej Islam Sains dan Teknologi serta anak-anak syarikat KGH
b ) Mampu dalam menghasilkan rekaan grafik dalam jangka masa yang cepat dan singkat.
c ) Bertindak sebagai jurufoto bagi semua program anjuran Kolej Islam Sains dan Teknologi
d ) melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan oleh Pengurus Operasi dan pihak pengurusan KIST dari semasa ke semasa.

Persediaan Temuduga:
1. Temuduga lisan bersama panel penemuduga
2. Ujian penggunaan kamera DSLR
3. Ujian penggunaan perisian Photoshop dan Illustrator


PEKERJA KONTRAK
(KIST PRINTING SDN.BHD)


Kelayakan:
1. Mempunyai Sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2. Mahir Mengendalikan Mesin Pencetak dan Riso
3. Mahir Menggunakan Perisian Komputer Seperti Microsoft Office

Skop tugas:
a. Kerja-Kerja di bahagian percetakan

JURUTEKNIK KOMPUTER
(Kekosongan di KIST Cawangan Terengganu)

Kelayakan:
a) Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Maklumat – Sistem Komputer)
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
b) Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja membaiki sistem komputer
c) Sihat tubuh badan
d) Sanggup bekerja lebih masa dan di luar kawasan, jika diperlukan


Perhatian kepada pemohon:
a) Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan perjawatan di ;-
- Kampus Utama Ibnu Sina, Bachok, Kelantan
- Kolej Islam Sains dan Teknologi cawangan Terengganu
- Pejabat KIST Graduate Intake di setiap negeri
b) Bagi pemohon yang tinggal berjauhan dan berminat mengisi kekosongan jawatan tersebut,
pemohon boleh mendapatkan borang permohonan dengan menghantar sampul surat beralamat sendiri,
bersaiz A4 bersetem RM1.00 dan wang pos atas nama KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI berjumlah
RM5.00 untuk bayaran wang proses.
c) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan daripada
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
d) Pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di mana-mana anak
syarikat KIST GROUP HOLDINGS Sdn.Bhd.
e) Tarikh tutup permohonan adalah 5 Ogos 2010
f) Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta
sijil-sijil yang disahkan hendaklah dihantar ke alamat :-

Bahagian Sumber Manusia
KIST Group Holdings Sdn.Bhd.
Lot 4276, Mukim Tanggul & Lot 6739, Mukim Kuala Berang
Batu 23, Jalan Kuala Berang / Kuala Terengganu
21700 Hulu Terengganu
Tel : 09 : 681 7323 Faks : 09 : 681 3323 Advertisement