Tenaga Nasional Berhad, sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia, mempelawa graduan-graduan serta pesara-pesara kerajaan yang berminat dan berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai:

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Kelayakan
Memiliki kelulusan akademik di peringkat Diploma Pembantu Perubatan atau Diploma Kejururawatan daripada Institut/Kolej yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau setaraf dengannya
Berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu.
Pesara-pesara dan bakal pesara kerajaan yang memenuhi syarat-syarat di atas adalah digalakkan memohon

Tugas & Tanggungjawab
Mentadbir dan mengurus dispensari TNB
Membantu Doktor dalam perawatan pesakit
Memberi rawatan kepada pesakit luar
Merawat kes-kes kecemasan
Mengurus dan memberi ubat
Menjalankan pemeriksaan makmal
Memberi kaunseling kepada pesakit
Bertugas atas panggilan (Stand-by)
Penempatan
Calon-calon yang berjaya di dalam temuduga akan ditempatkan di salah satu stesen di bawah:

Dispensari TNB Ibu Pejabat, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur
Dispensari Stesen Janaelektrik Sultan Ismail, Paka Terengganu
Dispensari Stesen-Stesen Janaelektrik, Cameron Highlands
Dispensari TNB Integrated Learning Solution (ILSAS), Bangi, Selangor
Cara Memohon
Permohonan hendaklah menggunakan Borang TNB 188C yang boleh juga didapati di pejabat-pejabat TNB yang berhampiran
Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Transkrip & Kelayakan Akademik, Kad Pengenalan, Resume/CV dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), dan dialamatkan kepada:

Pengurus Besar (Pengurusan Sumber Manusia)
Bahagian Sumber Manusia
Tenaga Nasional Berhad
Tingkat 9, Ibu Pejabat
No. 129 Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat anda

Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 Ogos 2010

Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan
Advertisement