BSN mengalu-alukan individu yang berbakat, kreatif, bersemangat dan mempunyai nilai kualiti kepimpinan untuk menjadi sebahagian daripada warga BSN bagi mengisi jawatan seperti berikut:

1. PENGURUS MIKRO KEWANGAN
2. PENGURUS PENGAWASAN & KAWALAN KREDIT, MIKRO KEWANGAN
3. PEGAWAI PENGAWASAN & KAWALAN KREDIT, MIKRO KEWANGAN
4. TIMBALAN PENGUASA POLIS (POLIS BANTUAN)

1. PENGURUS MIKRO KEWANGAN

SYARAT LANTIKAN:
- Mempunyai Ijazah daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf
- Sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja dalam pinjaman perniagaan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) serta pengurusan kredit
- Kelebihan ke atas mereka yang mempunyai Certified Credit Professional (CCP)
- Integriti yang tinggi, bijak menyusun strategi, mempunyai daya kepimpinan dan mampu bekerja di bawah tekanan
- Boleh berdikari, teliti, berteraskan hasil capaian serta mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik
- Sanggup bertugas dan ditempatkan di peringkat negeri


2. PENGURUS PENGAWASAN & KAWALAN KREDIT, MIKRO KEWANGAN

SYARAT LANTIKAN:
- Mempunyai Ijazah daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf
- Sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja dalam tugasan pemantauan dan pengawasan kredit (recovery)
- Integriti yang tinggi, bijak menyusun strategi, mempunyai daya kepimpinan dan mampu bekerja di bawah tekanan
- Kelebihan ke atas mereka yang mempunyai Certified Credit Professional (CCP)


3. PEGAWAI PENGAWASAN & KAWALAN KREDIT, MIKRO KEWANGAN

SYARAT LANTIKAN:
- Mempunyai Diploma daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf
- Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja dalam tugasan pemantauan dan pengawasan kredit (recovery)
- Proaktif, dinamik, bermotivasi, dan berteraskan hasil capaian serta mampu berkerja di bawah tekanan
- Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik serta berkebolehan berinteraksi dengan semua peringkat
- Mempunyai kenderaan sendiri dan lesen memandu yang sah serta sanggup bertugas di luar pejabat


4. TIMBALAN PENGUASA POLIS (POLIS BANTUAN)

SYARAT LANTIKAN:
- Lelaki sahaja
- Mempunyai Ijazah daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf;DAN
- Berpengalaman dalam pasukan beruniform;ATAU
- Bekas Penolong Penguasa Polis atau Cif Inspektor Polis DiRaja Malaysia atau setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan
berumur tidak lebih daripada 45 tahun dari tarikh lantikan;DAN
- Bebas dari siasatan Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Kelayakan Fizikal & Pancaindera:
- Ketinggian sekurang-kurangnya 1.67 meter tanpa bersepatu
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg
- Ukuran dada sekurang-kurangnya 79sm (32inci) biasa dan 84sm (34inci) semasa menarik nafas
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta sentuh (contact lens) dan tidak rabun warna
- Tiada kecacatan pendengaran
- Tiada kecacatan tubuh badan dan lulus pemeriksaan kesihatan termasuk pemeriksaan X-Ray


CARA MEMOHON:
- Permohonan anda harus disertakan bersama butiran peribadi (resume) dan sekeping gambar berukuran passport. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru bahagian atas kiri sampul surat atau di bidang subjek jika memohon melalui email. Setiap permohonan akan dilayan secara sulit.
- Setiap permohonan haruslah tiba tidak lebih dari 6 September 2010.
- Pemohon yang berminat bolehlah memohon secara ONLINE

MUAT TURUN BORANG SECARA ONLINE

atau menghantar secara pos kepada

NAIB PRESIDEN KANAN/KETUA
Pengurus Sumber Manusia
Tingkat 17, Wisma BSN,
No. 117 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

atau e-mel : rekrut@bsn.com.my

Tarikh Tutup Permohonan : 6 September 2010


MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS Advertisement