Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Segamat :-

1. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia ;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T1); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T2); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T5); atau
(iv) sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T9);dan
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17 adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON:
(a) Permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Segamat dengan harga RM2.00.
(b) Permohonan-permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan Sijil Persekolahan, Kad Pengenalan, dokumen-dokumen sokongan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) dan hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SEGAMAT
85000, SEGAMAT.

(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa Tempatan/ Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Bil. 21.
(d) Permohonan yang tidak mematuhi / memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan.
(e) Calon-calon adalah diingatkan bahawa mereka yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 2 September 2010 Advertisement