Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) yang bertindak sebagai Agensi Penyelaras Pusat Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan berwawasan untuk berkhidmat di SME Corp. Malaysia bagi membangun dan melaksanakan polisi, strategi dan program pembangunan EKS di Malaysia meliputi semua sektor ekonomi.

1. PENGARAH GRED 4

Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan Kanan
Gaji ditawarkan : Lingkungan RM8,270.10 – RM10,861.70
Kekosongan: Bahagian Koordinasi Program
Status Jawatan: Kontrak selama dua (2) tahun

Syarat-syarat :
a)Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
b)Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
c)Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris (high proficiency level in English).
d)Mempunyai pengalaman berkaitan sekurang-kurangnya 10 tahun.

Tugas Utama :
i.Menyelaras proses pengumpulan maklumat mengenai program-program pembangunan EKS yang dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian dan Agensi;
ii.Menilai prestasi dan keberkesanan pelaksanaan program-program pembangunan EKS yang dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian dan Agensi;
iii.Menyediakan laporan berkala berkaitan dengan program-program pembangunan EKS untuk dimaklumkan kepada Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan;
iv.Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan Kementerian-kementerian, Agensi-agensi Kerajaan dan sektor swasta yang bertanggungjawab dengan pembangunan EKS bagi menyelaras pelaksanaan program pembangunan EKS secara komprehensif;
v.Memantau kerja-kerja yang berkaitan SME Marketing Committee dan Steering Committee for Brand Development Program;
vi.Mewakili Majlis untuk menyertai mesyuarat atau forum yang membincangkan isu khusus dalam pembangunan EKS; dan
vii.Memantau pelaksanaan keputusan Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan.

SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan ini adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan SME Corp. Malaysia yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

UMUR
•Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
•Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON
i.Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan SME Corp. Malaysia yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat, Pejabat Negeri ATAU boleh dimuat turun dari laman web SME Corp. Malaysia di http://www.smecorp.gov.my/

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

ii.Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kelayakan akademik, kad pengenalan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang telah disahkan.
iii.Permohonan daripada pegawai – pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing – masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama. Permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.
iv.Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON dan hendaklah dihantar kepada :-

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA
(SME CORP. MALAYSIA)
Aras 15, West Wing, Menara MATRADE
Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur
(u/p : Unit Perancangan Organisasi dan Sumber Manusia)

CATATAN AM
•Sebarang permohonan yang lewat atau tidak lengkap, tidak akan dilayan dan dianggap tidak berjaya.
•Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
•Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak SME Corp. Malaysia.

Tarikh tutup permohonan : 1 September 2010
MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS


MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS Advertisement