Dimaklumkan, PTPTN mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 lantikan sambilan yang akan diadakan pada tarikh/hari, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh/Hari: 01 September 2010 / Rabu

Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat: Bilik Mesyuarat BTM Tingkat 3A, PTPTN


CARA MEMOHON

i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PTPTN-PSM-01/1-2005 Pin. 1 yang
boleh didapati secara percuma dari :
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Bahagian Khidmat Pengurusan
Tingkat 11, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Heights
50490 KUALA LUMPUR

ii. Borang permohonan juga boleh didapati melalui laman web PTPTN di
www.ptptn.gov.my.

iii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru
berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil
Akademik serta dokumen lain yang berkaitan. Semua salinan sijil dan dokumen
hendaklah disahkan.



MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS Advertisement