JAWATAN KOSONG UM - INFO KERJA KOSONG 2018

Post Top Ad

Tuesday, August 3, 2010

JAWATAN KOSONG UM



Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Malaya (UM)

1. JURURAWAT PERGIGIAN U29

Syarat Lantikan :
Diploma Kejururawatan Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6)


2. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29

Syarat Lantikan :
Diploma Teknologi Makmal Perubatan daripada Kolej Teknologi Makmal Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6)


3. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29

Syarat Lantikan :
Diploma Teknologi Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6)


4. PEMBANTU BELIA & SUKAN S17

Syarat Lantikan :
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia dan sukan. Sila pastikan maklumat tersebut diisi di bahagian “Kegiatan & Aktiviti Luar” semasa memohon di dalam e-recruitment.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S17: P1T1)


5. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17

Syarat Lantikan :
Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U17: P1T1)


6. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

Syarat Lantikan :
i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii) bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dengan memuaskan; dan
iii) mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu, berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita, ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79cm dan semasa menarik nafas 84cm (lelaki sahaja), lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata dan pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: P1T1)

CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari laman web http://e-recruitment.um.edu.my/.

HUBUNGI KAMI:
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Malaya
No. Tel : +603 7967 3257/ 3487/ 3516/ 3262/ 3513
E-mel : plantik_sok@um.edu.my (untuk Jawatan Sokongan)

Sila hubungi dalam waktu pejabat seperti berikut:
Isnin - Khamis : 8.30am - 1.00pm & 2.00pm - 5.30pm
Jumaat : 8.30am - 12.00pm & 2.45pm - 5.30pm
(Waktu Malaysia, GMT +8.00)

Tarikh Tutup Permohonan: 9 Ogos 2010