Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa graduan warganegara Malaysia Lelaki dan Wanita yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat (TDM) sebagai Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) dan Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).
Umur: a. Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) Tentera Darat Malaysia (TDM). Graduan Lelaki dan Wanita tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010.
b. Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) TDM . Graduan Lelaki dan wanita tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010.
CARA PERMOHONAN
Dokumen Diperlukan. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut: a. Salinan Ijazah. b. Salinan Sijil SPM atau setaraf. c. Salinan Transkrip Akademik. d. Salinan Kad Pengenalan. e. Salinan Sijil Kokurikulum. f. Surat Pengesahan JPA (sekiranya berkaitan). g. Profil Peribadi/’Resume’ termasuk nombor telefon terkini. h. Sekeping gambar berukuran pasport. i. Sampul surat berukuran 20sm x 28sm, bersetem 50 sen dan beralamat sendiri.
Alamat. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada: Markas Angkatan Tentera Malaysia Bahagian Perkhidmatan Anggota Cawangan Tenaga Kerja Kementerian Pertahanan Jalan Padang Tembak 50634 KUALA LUMPUR (Untuk Perhatian: Sel C)
ATAU
Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa salinan dokumen–dokumen seperti di atas. Calon-calon juga boleh memohon melalui laman web http://www.jobsmalaysia.gov.my/ DOWNLOAD IKLAN
11. Maklumat Permohonan: Sila berhubong dengan pegawai pemilih seperti berikut Pegawai Kanan Pemilihan Anggota: Lt Kol Mohammad Yatim bin Mohd Nor - 03-20712382 Pegawai Pemilh : Mej Siti Normiah bte Marzuki - 03-20714524 : Kapt Ridzuan bin Abdullah - 03-20714526
Kaunter Pertanyaan dan Penyerahan Borang: 03-20712391 Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588 Nombor Faks: 03-26985340 ,03-26986235 Email: ctk.mtk@ mod.gov.my 12. Tarikh Tutup Permohonan : 17 Oktober 2010.