Universiti Teknologi Malaysia International Campus (UTM IC) memerlukan individu yang kreatif, inovatif serta berwawasan tinggi dalam mencapai matlamat universiti. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk memohon beberapa jawatan bagi gred staf sokongan di UTM IC.