Permohonan jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Melaka bagi tahun 2011 adalah dibuka mulai 1 - 31 Januari 2011. Pemohon yang mempunyai syarat-syarat di bawah sahaja dipelawa memohon :

1. Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

i.Warganegara Malaysia;
ii.Lahir selepas atau pada tahun 1977;
iii.Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (sudah mempunyai skrol) dari Universiti yang diiktiraf;
iv.Kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM atau yang setaraf dengannya
v.Bagi lantikan guru-guru Agama, calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan Bahasa Arab sekurang-kurangnya peringkat SPM, matapelajaran Agama Islam Tinggi ataupun IV Senawi

Borang permohonan boleh didapati di Unit Sekolah Menengah, Jabatan Pelajaran Melaka atau boleh dimuat turun di sini.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Borang yang sudah dilengkapkan hendaklah dihantar ke :

Unit Sekolah Menengah,
Jabatan Pelajaran Melaka,
Jalan Istana 75450
Bukit Beruang, Melaka

Kekosongan adalah terhad dan sebarang permohonan lewat dari tarikh yang dinyatakan tidak akan dilayan.

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2011

MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS Advertisement