Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti
berikut:

1. PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
2. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17

KLIK SINI UNTUK IKLAN PENUH SERTA SYARAT KELAYAKAN
KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

CARA MEMOHON:

(a) Pemohon perlu menghantar borang permohonan jawatan kosong bersama salinan sijil-sijil yang telah disahkan. Sila nyatakan jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat (jika mengunakan perkhidmatan pos).

(b) Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS: www.miros.gov.my atau datang sendiri ke Unit Pentadbiran, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor. Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hantarkan emel kepada zurianti@miros.gov.my (Zurianti Bt. Zamrud).

(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil akademik hendaklah dihantar melalui pos ke alamat kami seperti yang dinyatakan di atas pada atau sebelum tarikh tutup permohonan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 18 Februari 2011

CATATAN AM:

i. Hanya permohonan yang disenaraipendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima maklumbalas daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan tersebut dianggap TIDAK BERJAYA.

MORE INFO FRESH GRADUATE JOBS

MORE INFO EXECUTIVE LEVEL JOBS Advertisement