JAWATAN KOSONG DI INAPAN KASIH SAYANG PUZ PONGSU SERIBU KEPALA BATAS

Pusat Urus Zaka
t mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut di Inapan Kasih Sayang (IKS), PUZ. Untuk makluman, IKS merupakan asrama untuk anak-anak fakir miskin. Asrama ini bakal menempatkan seramai 100 orang pelajar darjah empat, lima dan enam dan akan mula dibuka secara rasminya pada sesi persekolahan 2012.

Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan :-

1. Warden Asrama Lelaki (2 kekosongan) Kontrak
2. Warden Asrama Perempuan (2 kekosongan) Kontrak

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Kepujian Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2. Berumur dari 25 tahun hingga 45 tahun, sihat tubuh badan serta mempunyai kenderaan sendiri.

KEUTAMAAN
1. Mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman dalam menguruskan hal-hal berkaitan pelajar di asrama.
2. Mempunyai latar belakang agama yang baik seperti bersekolah agama dan berkebolehan menjadi imam.
3. Mempunyai keperibadian terpuji, sentiasa komited, teliti dan pro-aktif.
4. Mampu berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik serta mahir menggunakan komputer.


tarikh tutup permohonan jawatan : 10 disember 2011

Borang permohonan jawatan kosong boleh diperolehi daripada ibupejabat Pusat Urus Zakat di Bandar Perda atau dimuat turun melalui laman web http://www.zakatpenang.com

Borang jawatan kosong sila klik sini
Maklumat lanjut iklan jawatan kosong sila klik sini Advertisement