Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan yang tersebut di bawah:-

1. Pemandu Kenderaan (Gred R3) - Tetap
Klasifikasi : Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : P1 RM792.60 - RM1,610.99
P2 RM840.60 - RM1,688.45
P3 RM890.43 - RM1,767.76
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM95.00, Bantuan Sara Hidup : RM300.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM180.00
Kekosongan : 1

KELAYAKAN
(i) Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(ii) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan
(iv) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

SYARAT-SYARAT UMUM BAGI JAWATAN DI ATAS
(a) Had Umur: berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) Penaklukan Di Bawah Syarat Skim Perkhidmatan: Calon-calon yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat dari masa ke semasa.
CARA MEMOHON
(a) Borang permohonan boleh didapati daripada:-

Pengurus Kanan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1, Pesiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel: 04-6340111 Fax: 04-6448111

dengan bayaran tunai RM1.00 atau dalam bentuk Wang Pos RM1.00 (bayar kepada: PDC) dengan mengemukakan sampul surat berukuran 23sm x 11sm bersetem 50 sen dan beralamat sendiri.

(b) Pemohon-pemohon boleh juga menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati dengan melayari Portal PDC di alamat berikut: http://www.pdc.gov.my
(c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
(d) Calon-calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan-Badan Berkanun/Kerajaan Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
(e) Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Jun 2012. Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak.
(f) Permohonan hanya dibenarkan bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan sebagaimana disyaratkan sahaja.
(g) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(h) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan selepas dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

iklan jawatan klik sini
borang jawatan klik sini  Advertisement