Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 102,037 orang pegawai dan
anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang
dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional
kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke
Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas ‘non-regulatory’ seperti
pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang
kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.
Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh
rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis
Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan
awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan
keselamatan dan kesejahteraan negara.
Advertisement