PERMOHONAN JAWATAN KOSONG DI JABATAN PERDANA MENTERI

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perdana Menteri dengan membuat permohonan secara online menggunakan Sistem Permohonan Jawatan yang disediakan. Jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

http://spj.jpm.gov.my:8080/

Pemohon juga wajib mempunyai emel yang sah untuk membuat permohonan.

Permohonan boleh dibuat secara online di Laman Web Rasmi Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri (www.pajpm.gov.my) pada bila-bila masa. Keterangan lanjut berkenaan maklumat mengenai Syarat-syarat Lantikan dan Skim Perjawatan boleh diperolehi melalui link pada jawatan-jawatan yang ditawarkan pada sistem.

Adalah dimaklumkan sistem ini boleh dicapai melalui perisian Mozilla sahaja. Oleh yang demikian, pemohon dinasihatkan untuk membuka laman web ini menggunakan perisian tersebut. Tatacara untuk memuat turun perisian ini juga turut disediakan.[klik disini]

Peringatan:-

  • Urusan pengambilan yang dijalankan adalah tertaluk kepada kekosongan jawatan di Jabatan Perdana Menteri.Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanngil temuduga.
  • Tempoh sah laku permohonan adalah satu(1) tahun bermula dari tarikh permohonan dibuat.
  • Semua permohonan yang dibuat hendaklah melalui sistem online sahaja. Permohonan secara manual tidak akan dilayan.
  • Makluman berkenaan panggilan temu duga juga akan dibuat melalui penghantaran emel kepada individu yang melepasi tapisan.
  • Pemohon dinasihatkan untuk mengingati emel yang digunakan semasa membuat permohonan dan menyemak emel tersebut dari masa ke semasa.
  • Pengemaskinian maklumat yang disediakan oleh sistem adalah tidak termasuk jawatan yang dipohon.
  • Tempoh sah laku calon simpanan adalah enam(6) bulan dari tarikh diperaku.

TARIKH TUTUP : TERBUKA

Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung terus dengan Urus setia Pengambilan melalui emel di alamat spj@pajpm.gov.my

Advertisement